POLISI PELANGGAN

 

 

PERLINDUNGAN DATA DAN DASAR PRIVASI 

 

 

Terima kasih kerana melawat tapak web kami (“Tapak”).YAMU GLOBAL HQ (“Syarikat”) komited untuk merawat maklumat peribadi dan korporat pengguna Tapak kami, pelanggan dan vendor dengan hormat dan sensitiviti.

 

 

SDR, kami komited untuk melindungi privasi dan data peribadi pelanggan. Data peribadi termasuk maklumat yang boleh dikaitkan atau ditujukan kepada individu tertentu seperti nama, alamat, nombor telefon, atau alamat emel. Sekiranya YAMU GLOBAL HQ  meminta pelanggan untuk memberikan maklumat tertentu di laman web ini, maka pelanggan bersetuju bahawa ia hanya digunakan untuk tujuan seperti yang diminta itu.

 

 

Dengan memberikan maklumat peribadi pelanggan kepada YAMU GLOBAL HQ  , pelanggan telah memberikan persetujuan untuk mengumpulkan, menggunakan, dan mendedahkan maklumat peribadi pelanggan di bawah dasar dan undang-undang perlindungan data dan privasi yang relevan di Malaysia yang mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (PDPA). Sekiranya pelanggan tidak mahu memberikan persetujuan ini, maka jangan gunakan borang elektronik di laman web YAMU GLOBAL HQ  .

 

 

Laman web kami (seperti laman web yang lain) menghasilkan ‘cookies’, yang merupakan fail khas yang dikumpulkan oleh server untuk mengenalpasti pelanggan/peranti pelanggan setiap kali pelanggan mengunjungi laman web ini. ‘Cookies’ ini tidak merekod data kekal dan tidak disimpan di hard drive komputer pelanggan dan ‘cookies’ akan terpadam secara automatik sekiranya pelanggan menutup browser komputer.

 

 

YAMU GLOBAL HQ  akan mendedahkan data peribadi pelanggan kepada pihak berkuasa kerajaan jika dipaksa oleh undang-undang. Selain itu, kami juga boleh mendedahkan maklumat peribadi pelanggan kepada orang lain yang mempunyai hak berdasarkan undang-undang Malaysia selagi mereka mempunyai bukti kuasa untuk melakukannya.

 

 

Kami akan menyimpan maklumat peribadi yang pelanggan berikan kepada kami selagi ada alasan untuk melakukannya, misalnya untuk memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan, atau untuk melindungi kepentingan Intehack Marketing. Sekiranya tiada keutamaan, kami akan membersihkan data pelanggan dari sistem pemfailan elektronik, manual, dan lain-lain mengikut prosedur dalaman kami.

 

 

YAMU GLOBAL HQ  berhak untuk mengubah dan meminda apa-apa dasar polisi pada bila-bila masa. Kami akan mengumumkan jika terdapat sebarang perubahan dan pemindaan di halaman ini. 

 

 

Permintaan untuk pembetulan maklumat yang dikemukakan boleh ditujukan kepada kami di yamuenterprise@gmail.com

Alamat - Lot 2150 Kg Gertak Kechupu Binjai, 16150, Kota Bharu Kelantan