VIDEO CARA MASAK NASI ARAB YAMU

CARA MASAK NASI ARAB BERTULIS

 

 

Barang Dapur yang perlu disediakan :

 

  • Periuk elektrik
  • Senduk kayu
  • Jug yang ada sukatan
  • Periuk untuk rebus lauk
  • Bekas untuk basuh dan rendam beras
  • Bekas untuk salut perapan lauk
  • Plastik foil atau bekas tahan panas
  • Pengepit
  • Kuali untuk goreng ayam
  • Sudu besar
  • 2x pinggan besar untuk nasi dan lauk

 

Bahan masak nasi arab :

 

  • 1 set lengkap
  • Lauk (1 ekor ayam ) atau kambing/daging (2kg)
  • 1 sudu besar garam
  • Air Rebusan lauk 650ml/700ml
  • Sedikit minyak masak untuk arang

 

 

Cara masak :

 

  • Basuh beras sebersih bersihnya ( 3 ke 4 kali )
  • Rendam beras selama 30 ke 45 minit
  • Basuh lauk yang kita pilih samada
    ( ayam/kambing/daging )
  • Rebus Lauk sehingga masak
    1.jika ayam, selama 20 ke 30 minit dengan api yang kuat
    2.jika kambing atau daging, selama 30 ke 40 minit ( preasure cooker )
  •  
  • Angkat lauk tadi dan toskan
  • Salut Rempah perapan  pada lauk tadi dan tinggalkan
  • Masukkan pes nasi arab 1 paket
  • Masukkan air rebusan lauk 650ml/700ml
  • Masukkan garam 1 sudu besar
  • Bila air sudah mendidih masukkan beras yang rendam tadi dan tutup
  • Bila nasi dah separuh masak kacau sedikit untuk elakkan berkerak dibawah
  • Bila nasi dah masak, kacau sedikit
  • Letakkan pewarna dalam bentuk bulatan dan tutup
  • Sambil tu bakar arang dulu
  • Lapikkan plastik foil atau bekas tahan panas
  • Letakkan arang yang siap dibakar diatasnya dan titiskan minyak sehingga keluar asap dan tutup
  • Goreng atau bakar Lauk tadi
    1.jika goreng, sekadar celup minyak panas sahaja
    2.jika bakar dengan oven/airfryer dengan suhu 180 darjah selama 5 ke 7 minit sahaja
  • Nasi arab sudah siap untuk dihidang